Integriti sebenarnya berasal daripada istilah bahasa
Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa
Melayu, ini biasanya menjurus ke arah perwatakan seseorang. Maksud integriti
mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan;
kesempurnaan; keutuhan.
Daripada maksud yang didapati dari Kamus di atas,
integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan,
ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi,
boleh dipercayai dan boleh pegang cakapnya.
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud
secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan
erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam
tindakan sehari-hari.
1.Integriti Individu
Integriti
individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan
apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral,
etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan
kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan
bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten
dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak
sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya.
2.
Integriti Organisasi
Selain
individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi
tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau
sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika
organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan
sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.
3.
Integriti Penjawat Awam
Bagi
individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam,
integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan
menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan
kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat
sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan
memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu
telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di
bawahnya dan kepada pihak lain.
Kesimpulan
Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu
proses seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat
seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan integriti
dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai teladan (role
model) manakala anggota lain menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka.
Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas dan realistik yang dikongsi
bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai sistem dan prosedur yang
baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap, teratur, dan tepat, di
samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran dan penghukuman.
Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi kerana akhirnya
seseorang itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.
Sumber: Pelan Integriti Nasional.
MINGGU
INTEGRITI DI IPG
Pelaksanaan Minggu Integriti akan dilaksanakan di 27 buah
Institut Pendidikan Guru (IPG). Minggu Integriti yang akan dilaksanakan pada
tahun 2014 adalah merupakan kerjasama antara Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) dengan Institut Integriti Malaysia
(IIM).
Objektif
Minggu Integriti diadakan adalah untuk :
- Meningkatkan kefahaman warga pendidik tentang integriti dan Pelan
Integriti Nasional (PIN).
- Meningkatkan komitmen warga pendidik tentang peranan yang boleh
dimainkan dalam mengukuhkan integriti masyarakat.
- Mendapatkan kerjasama warga pendidik bagi membantu menyebarluaskan
kefahaman tentang integriti dan PIN dalam kalangan pelajar.
- Menyemaikan
peribadi mulia yang terdapat pada diri individu meliputi nilai-nilai
amanah, jujur, ikhlas,
sabar, anti rasuah, berlapang dada, telus, bertanggungjawab dan ciri-ciri
positif yang lain.
Minggu
Integriti IPGKIK
Minggu Integriti Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas
akan diadakan pada 22 - 25 September 2014. Matlamat program ini adalah untuk
memberikan kefahaman yang jelas tentang nilai integriti dalam institusi
pendidikan, seterusnya membudayakan amalan integriti dalam kehidupan. Matlamat
Minggu Integriti tersebut adalah untuk memastikan semua warga pendidik
mempunyai kefahaman yang jelas tentang nilai integriti, menggerakkan aktiviti
integriti dalam institusi pendidikan, dan membudayakan amalan integriti dalam
kehidupan seharian.
Aktiviti
yang akan dilaksanakan adalah seperti dalam jadual yang dilampirkan: